Sunday, 29 June 2014



Alhamdullilah , ramadhan kembali menjengah..seperti biasa persiapan berpuasa tahun ni seperti tahun2 lepas sekadar ala-kadar...yg pasti anak2 yg teruja apatah lg anak kecil ku..walau berusia 9 tahun tapi azamnya untuk berpuasa penuh amat tinggi ..alhamdullillah..paling seronok apabila lihat suami ku berbaju melayu menunaikan sembahyang terawih..leh tergoda hehehehee

Sama seperti selalu puasa pertama kami akan berbuka di rumah bonda,aku agak relax kerana aku hanya perlu masak di rumah bonda ..tahun ni agak meriah sedikit memandangkan ini kali pertama sambutan berbuka puasa dihadiri oleh adik ipar baru ku yg kini hamil 4 bulan..bertambah cucu bonda tahun ni..Tahun ni rumah serba berperabut baru,adik ku berhabis sakan ,bonda gembira kerna dapat katil baru dari ikea..bila lihat bonda gembira kami selaku anak tumpang rasa bahagia...

Menu berbuka simple je ,ayam masak kicap,sayur sengkuang goreng, ikan gelama masam,nasi impit bersama rendang tok hasil tangan adik ipar baru ku..mmg sedap..mee sup hasil tangan adik ipar lama ku hehehe yati,marveless sambal kicapnya mang membakar mulut ku,fuhhhhhh...dan segala tok nenek kuih ...punya ler banyak akhirnya tak terhabis...

Dalam seronok aku terasa sunyi..kalau ler pok masih hidup pasti makin meriah ..pok..rindunya pada pok..terbayang2 wajah pok yg mmg cute kalau tersengih .....Al fatihah

Jika ler dapat aku kumpulkan kesemua adik berdik ku bersama family masing2 mmg tak muat ler rumah mak..tak kesah ler asalkan berkumpul aku rasa bahagia dan bonda ler yg paling bahagia..suatu hari aku pasti kami semua akan berkumpul bersama...ya Allah moga kau terima permintaan hamba mu yg hina ini...amin..