Tuesday, 17 July 2012


Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin.Namun di sebabkan peraturan yang ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL ( walaupon mereka adalah lelaki ) memaksa Arif mencari jalan penyelesaian.Selagi anak sulung tidak berkahwin,maka dia tak boleh berkahwin.Lebih memberatkan keadaan apabila keluarga Ainul hanya memberi masa selama 6 bulan untuknya membuat keputusan.Alongnya Muhammad Izzul Islam adalah seorang yang hensem,tinggi dan menjadi tarikan ramai.Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya.Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya yang terlalu mengejar kesempurnaan itu.

TIADA PILIHAN,Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul.Imbuhan sebanyak RM500,00 dijadikan cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya.Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan along ( ceti ) terpaksa menawarkan dirinya.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dia adalah calon yang terakhir?

Best gak ler citer ni..... !!!!!!

No comments:

Post a Comment