Tuesday, 17 July 2012


JOM  BACA


Nura  Alia seorang gadis periang yang jatuh cinta dengan Syed Azmi anak sorang datuk yang kaya dan handsome ! Walaupun dia tahu Syed Azmi seorang womaniser,Nura Alia yakin bahawa lelaki itu pasti akan meninggalkan gelaran itu demi cinta mereka bersama..................

Akhirnya dari cinta ia berubah menjadi benci ! Syed Azmi juga hampir-hampir meragut kesucian Nura Alia . Nura Alia menyimpan dendam kesumat pada lelaki itu.......

"Aku bencikan kau Syed Azmi !!! kau memang lelaki tak guna !" --Nura Alia......

Demi menjalankan rancangan membalas dendamnya ,Nura Alia akhirnya nekad untuk menjadi babysitter kepada abang Syed Azmi yang autistik .Syed Azwan aka Boboy,budak tak cukup seringgit yang sengal ! Dalam terpaksa dia rela melayan setiap kerenah Boboy.......... " Boboy ! Boboy memang suka menyusahkan akak, kan ?! Eee....geramnya aku !" -- Nura Alia

Selama 7 tahun Boboy hidup di dalam dunianya sendiri. Dunia kanak-kanak autistik yang sengaja diciptakannya demi menyembunyikan sejarah silam .Sejarah silam yang membuat dia menyimpan rasa bersalah sehingga ke hari ini.

Namun semuanya itu berubah apabila Nura  Alia hadir dalam dunianya .Hati Boboy berdegup lagi.Dalam diam ,dia menyayangi babysitternya itu.
" Kita minta maaf sebab selalu menyusahkan kakak.Kita sayangkan kakak !" -- Boboy

Namun tiada siapa yang dapat menghalang suratan takdir.Nura  Alia dan Boboy akhirnya bersatu dalam sbuah ikatan.Pada saat cinta brsemi,muncul pelbagai halangan yang mengugat rasa cinta yang baru hadir itu.Masing-masing masih mnyimpan banyak rahsia .Rahsia yang mampu mengundang rasa kecewa dan duka dalam hati mereka berdua.

Rahsia siapakah yang bakal terbongkar dahulu ? Apakah nasib "cinta" yang baru bersemi dalam hati mereka itu? Adakah dari cinta sekali lagi ia akan berubah menjadi benci?

" Maafkan abang,sayang .Selama ini abang dah tipu lia .-- Syed Azwan



No comments:

Post a Comment